Futurkah aku?

Futur by Fatih

Futurkah aku di saat ini?

terlalai dan terlena dek keselesaan dan kerehatan

himmah yang dahulu berkobar untuk membina manusia sudah semakin luntur

pesimiskah aku pada perjuangan di tanah realiti ini?

hilang semangat untuk menabur bunga iman di seluruh pelusuk dunia

pudarkah segala impian untuk menongkah arus demi mempertahankan addeen ini?

di mana perginya kekuatan dzatiahmu?

di mana sekeping hati yang suatu ketika dahulu tegar dikorbankan demi dakwah ini?

aku masih mencari dan koreksi diri

terpedayakah aku pada rantaian dunia?

terperangkapkah aku pada pujukan syaitan terhina?

terpenjarakah aku pada lamunan nafsu yang menipu?

Wahai diri,

ubatilah hatimu itu, siramilah ia dengan mata air iman yang bisa menyejukkan

hiasilah ia dengan hamasah yang membara yg mampu menjadi aset terbaik dalam perjuanganmu ini

carilah Allah di dalam hatimu itu..

moga-moga, kau mampu melangkah lebih jauh untuk manfaat umat ini.

firstmartyr

June 29, 2009

melaka

————————————————————–

Pesanan buat akhawatku di bumi kiwi, selamat menempuh semester baru..semoga lebih baik dr yang sebelumnya..bersifat IHSANlah dalam pelajaran kalian..

aku teringat pesan seorang guruku di KISAS suatu ketika dulu agar tuntutlah ilmu dengan ihsan…

konsep ihsan dlm diri seorang muslim yang belajar:

kalau cuai dalam belajar, dia zalim

kalau belajar sekadar kemampuannya, dia adil

kalau belajar bersungguh-sungguh dan tekun, dia IHSAN.

semoga dipermudahkan urusan kalian di sana dan selamat berjuang, selamat memburu jannahNya!

Buatmu syabab pewaris perjuangan

Salam perjuangan dihulurkan buat generasi pewaris perjuangan

Sejenak

Kita renungkan kembali

Saat waktu kita dilanggar hidayah

Semangat kita membara dan berkobar untuk menebar berkongsi cahaya

Waktu itu semuanya indah dan manis belaka

Ukhuwah, tahajjud, usrah dan al-Quran

Menjadi teman setia yang sentiasa dirindu

Saat itu jua kita sanggup berkorban apa sahaja demi dakwah ini

Dan kini

Tanpa kita sedari, sudah bertahun rupanya kita di sekolah tarbiyah

Sebuah sekolah yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan

Dari menjadi seorang mad’u yang dibelai dan dimanja,

Kini menjadi da’ie yang terpikul berat amanah

Dari menjadi anak usrah, menjadi seorang naqibah

Dari yang dipimpin kepada yang memimpin..

Walau kita merasai beratnya bebanan amanah ini

Kita terus juga melangkah memikulnya bersama

Demi memburu redha dan JannahNya

Tetapi sahabatku, ingatlah..

Bahaya bagi seorang pemimpin ini

Bilamana ada riya’ dan ghurur melekat di hati

Bila kita mula merasakan kita lebih baik dari yang lainnya..

Nescaya hati kita akan semakin ego dan keras

Peliharalah hati-hati kita

Agar sentiasa ikhlas keranaNya..

Sahabat pewaris pimpinan akan datang,

Setiap gerak geri kita diperhatikan

Akhlak kita menjadi nilaian manusia

Maka, jadilah qudwah yang terbaik buat semua

Agar kita tidak tergolong dalam golongan

Mereka yang dilaknat oleh Allah

Yang tidak mengotakan apa yang dikata..

Sahabat seperjuanganku

Siramilah hati-hati kita dengan taqarrub kepada Allah

Agar hati ini sentiasa hidup segar dalam kemanisan iman

Kerana hanya hati yang hidup

Mampu menghidupkan hati yang mati

Kerana hati yang segar terjaga

Mampu mengejutkan hati yang nyenyak terlena

Sahabatku

Peringatan ini sangat dekat di hatiku

Kerna aku sering memerlukannya di kala aku lemah tak bermaya

Ku harap agar kita semua terus cekal dan yakin akan perjuangan ini

Sehingga ke akhirnya

Berjalanlah, mengalirlah dan teruslah bergerak

Agar dunia ini terang bercahaya dengan nur islam

Kerana kitalah syabab harapan ummah

Kerana kitalah generasi penyambung perjuangan Rasul ini…

Nukilan:

Sumayyah Abdul Aziz

6 Jun 2009

Dusun Eco Resort, Bentong

PERKASA ’09

Syabab!!! Yes, Yes, Yes, Change the world!

“Qul amantu billah, thummastaqim!”

Mahal Sungguh Nilai Sebuah Istiqamah

Mohon diperhati sajak Dr hafidzi (http://lambaian-islah.blogspot.com/)  - membongkar kunci rahsia untuk kekal istiqamah di jalan dakwah; adakah kita mampu kekal sebegini selepas  20 tahun nanti?

Assalamualaikum

Di mana engkau sahabat lama tidak ketemu…
Semalam rindu menggamit rasa
setelah melihat salah seorang dari kita terlantar di ICU
aku teringat dalam sejuknya salju
kita meredah pekat malam
menyusuri I-90
dari hujung ke hujung benua
setiap datangnya musim libur,
… spring break, mid semester break, thanksgiving dan July the 4th
atau sekadar hujung minggu
kita sama-sama berkumpul di ‘muslim house’ yang usang
dengan heater yang tidak berfungsi
menekuri kitab-kitab..
buah tangan Syed Qutb, Al-Maududi dan Al-banna.
Kita belajar apa itu Islam lewat ‘Towards Understanding Islam’
Kita bernaung di bawah ‘Fi Zilal Quran’
Kita belajar ‘Dasar-dasar ilmu dakwah’ dari Abdul Karim Zaidan
Kita hayati seerah dari ‘Meccan crucible’
Kita tetapkan pendirian dengan ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’
Ketika orang lain pergi melancong Empire State Building , Statue of Liberty, Niagara Falls, Everglades, Disneyworld, Yellowstone Park, Miami, Los Angeles dan San Fransisco

Kita berada di kampung-kampung..
Macomb, Terra Haute, Wichita,
Dekalb, Greenbay, Carbondale, Islamic Centre di Plainfield,
atau convention centre
menghabiskan usia muda
sebagai bekal untuk sebuah perjuangan yang panjang dan melelahkan..
Sesekali kita berkumpul di hotel-hotel
kita mendengar dengan penuh syukur
kata-kata hikmah yang ditatang dengan penuh cermat
dari lisan Syiekh Tariq Suedan, Syeikh Zaki Hammad, Dr Jamal Badawi
… dan sekali itu dari Syeikh Umar Tilmisani
meski tidak faham apa yang diucapkan
namun hati kita penuh dengan hikmah yang dicurahkan
dari celah-celah jeriji penjara
yang dilalui oleh ulama mulia itu.
Kawan-kawan
Masih ingat Saari Sungib?
Yang kita panggil Abu Urwah?
Dia dua kali menghuni ISA
Itulah Abu Urwah yang kita kenal dulu
masih istiqamah dia..
menjadi obor menerangi jalan kita
Dan masih ingat Ustaz Alias
Sudah menjangkau 60′an dia
Masih setia memberi kuliah
tazkeerah dan taujih
melembut dan melunakkan hati kita.
Kawan-kawan
aku segan kalau ketemu kalian
sebagai Professor tersohor
atau GM dan CEO koporat terkemuka
kerana aku tak pandai membawa diri
dalam dunia glamourmu.
atau menjejak kaki di rumah gedungmu
yang penuh dengan perabut dan perhiasan mewah
dan isteriku juga canggung dengan orang rumahmu
kerana dia masih seperti dulu
tak seanggun dan sepadan
Tapi kawan-kawan
Kalau engkau masih bercakap dalam bahasa kita dulu
Bahasa Dakwah
Pasti akan lebur tembok-tembok di antara kita
Ukhuwah kembali bertaut
membakar semangat di hati
seperti kita dulu
ya.. 20 tahun dulu.
Ketika kita tak punya apa-apa
kecuali idealism yang membara..
Kawan-kawan
Marilah kita kembali
menganyam cita-cita
kerja kita masih banyak lagi
sedang usia sudah dijemput senja.
dan tak pasti samada esok masih ada buat kita..


-Hafidzi MN-

Mahal sungguh nilai sebuah Istiqamah..

Saff ini perlu sentiasa diperteguh dengan hikmat asy-syuyukh dan hamasah asy-shabab, agar semanhat yg ada akan sentiasa terpandu, terarah dan not reinventing the wheels..

Bagaimana dengan kita??

Daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a. katanya: Aku bertanya: Ya Rasulallah, ajarlah kepadaku berkenaan Islam, perkataan yang tidak perlu aku bertanya seseorang pun selain daripadamu. Sabda Nabi SAW: Katakanlah “Aku beriman dengan Allah”, kemudian istiqamah! (Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45

Kejahatan itu bukan suatu kebetulan

Kejahatan itu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yang terbentuk perlahan-lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yang sering diungkapkan, bila manusia berdosa dia bukan sahaja nenentang Allah tetapi juga menentang dirinya sendiri.

Namun rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yang sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi. Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan… tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dilazimi tidak akan terhenti kesannya pada hati. Dari tahap terbiasa dengan dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi. Tibalah hati pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukannya. Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuhraya nafsu, diri yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk ’maju’ setapak lagi. Itulah tahap ke-empat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokan dosa menjadi siberdosa itu menjadi pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sebagai jalan kebenaran dan denai keindahan. Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati-hatilah dengan dosa. Jangan tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yang membunuh tiba-tiba, tetapi ia umpama api dalam sekam yang membara dalam diam. Ketelanjuran kali pertama jangan disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ’peringatan’ yang Allah bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yang hatimu masih hidup. Penyesalan itukan syarat taubat? Maka susulilah dengan syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dengan Allah). Jika dosa itu dengan manusia, tambahlah lagi dengan syarat yang keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hidup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada sarana untuk kembali kepada Allah. Jangan putus asa oleh taubat yang patah, kerana kasih-sayang Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan siksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa… tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yang menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur!

*tulisan Ust Pahrol Mohamad Juoi

Aku tidak mahu jauh dariMu

Ku Merayu (AlarmMe)

Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu

Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

Lemahnya iman..

TANDA-TANDA IMAN KITA SEDANG LEMAH:

1. Ketika Anda sedang melakukan kedurhakaan atau dosa. Hati-hatilah! Sebab, perbuatan dosa jika dilakukan berkali-kali akan menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan, maka segala keburukan dosa akan hilang dari penglihatan Anda. Akibatnya, Anda akan berani melakukan perbuatan durhaka dan dosa secara terang-terangan.
Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang si saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman.” (Bukhari, hadits nomor 2295 dan Muslim, hadits nomor 86)

2. Ketika hati Anda terasa begitu keras dan kaku. Sampai-sampai menyaksikan orang mati terkujur kaku pun tidak bisa menasihati dan memperlunak hati Anda. Bahkan, ketika ikut mengangkat si mayit dan menguruknya dengan tanah. Hati-hatilah! Jangan sampai Anda masuk ke dalam ayat ini, “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.” (Al-Baqarah: 74)

3. Ketika Anda tidak tekun dalam beribadah. Tidak khusyuk dalam shalat. Tidak menyimak dalam membaca Al-Qur’an. Melamun dalam doa. Semua dilakukan sebagai rutinitas dan refleksi hafal karena kebiasaan saja. Tidak berkonsentrasi sama sekali. Beribadah tanpa ruh. Ketahuilah! Rasulullah saw. berkata, “Tidak akan diterima doa dari hati yang lalai dan main-main.” (Tirmidzi, hadits nomor 3479)

4. Ketika Anda terasa malas untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Bahkan, meremehkannya. Tidak memperhatikan shalat di awal waktu. Mengerjakan shalat ketika injury time, waktu shalat sudah mau habis. Menunda-nunda pergi haji padahal kesehatan, waktu, dan biaya ada. Menunda-nunda pergi shalat Jum’at dan lebih suka barisan shalat yang paling belakang. Waspadalah jika Anda berprinsip, datang paling belakangan, pulang paling duluan. Ketahuilah, Rasulullah saw. bersabda, “Masih ada saja segolongan orang yang menunda-nunda mengikuti shaff pertama, sehingga Allah pun menunda keberadaan mereka di dalam neraka.” (Abu Daud, hadits nomor 679)

Allah swt. menyebut sifat malas seperti itu sebagai sifat orang-orang munafik. “Dan, apabila mereka berdiri untuk shalat, mereka berdiri dengan malas.”

5. Ketika hati Anda tidak merasa lapang. Dada terasa sesak, perangai berubah, merasa sumpek dengan tingkah laku orang di sekitar Anda. Suka memperkarakan hal-hal kecil lagi remeh-temeh. Ketahuilah, Rasulullah saw. berkata, “Iman itu adalah kesabaran dan kelapangan hati.” (As-Silsilah Ash-Shahihah, nomor 554)

6. Ketika Anda tidak tersentuh oleh kandungan ayat-ayat Al-Qur’an. Tidak bergembira ayat-ayat yang berisi janji-janji Allah. Tidak takut dengan ayat-ayat ancaman. Tidak sigap kala mendengar ayat-ayat perintah. Biasa saja saat membaca ayat-ayat pensifatan kiamat dan neraka. Hati-hatilah, jika Anda merasa bosan dan malas untuk mendengarkan atau membaca Al-Qur’an. Jangan sampai Anda membuka mushhaf, tapi di saat yang sama melalaikan isinya.

Ketahuilah, Allah swt. berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. ” (Al-Anfal:2)

7. Ketika Anda melalaikan Allah dalam hal berdzikir dan berdoa kepada-Nya. Sehingga Anda merasa berdzikir adalah pekerjaan yang paling berat. Jika mengangkat tangan untuk berdoa, secepat itu pula Anda menangkupkan tangan dan menyudahinya. Hati-hatilah! Jika hal ini telah menjadi karakter Anda. Sebab, Allah telah mensifati orang-orang munafik dengan firman-Nya, “Dan, mereka tidak menyebut Allah kecuali hanya sedikit sekali.” (An-Nisa:142)

8. Ketika Anda tidak merasa marah ketika menyaksikan dengan mata kepala sendiri pelanggaran terhadap hal-hal yang diharamkan Allah. Ghirah Anda padam. Anggota tubuh Anda tidak tergerak untuk melakukan nahyi munkar. Bahkan, raut muka Anda pun tidak berubah sama sekali.

Ingatlah, pesan Rasulullah saw. ini, “Barangsiapa di antara kalianyang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya, dan ini adalah selemah-lemahnya iman.” (Bukhari, hadits nomor 903 dan Muslim, hadits nomor 70)

9. Ketika Anda gila hormat dan suka publikasi. Gila kedudukan, ngebet tampil sebagai pemimpin tanpa dibarengi kemampuan dan tanggung jawab. Suka menyuruh orang lain berdiri ketika dia datang, hanya untuk mengenyangkan jiwa yang sakit karena begitu gandrung diagung-agungkan orang. Narsisbanget!

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman:18)

“Jika kamu sekalian menghendaki, akan kukabarkan kepadamu tentang kepemimpinan dan apa kepemimpinan itu. Pada awalnya ia adalah cela, keduanya ia adalah penyesalan, dan ketiganya ia adalah azab hati kiamat, kecuali orang yang adil.” (Shahihul Jami, 1420).

Untuk orang yang tidak tahu malu seperti ini, perlu diingatkan sabda Rasulullah saw. yang berbunyi, “Iman mempunyai tujuh puluh lebih, atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah ucapan `Laa ilaaha illallah’, dan yang paling rendah adalah menghilangkan sesuatu yang mengganggu dari jalanan. Dan malu adalah salah satu cabang dari keimanan.” (Bukhari, hadits nomor 8, dan Muslim, hadits nomor 50)

10. Ketika Anda bakhil dan kikir. Ingatlah perkataan Rasulullah saw. ini, “Sifat kikir dan iman tidak akan bersatu dalam hati seorang hamba selama-lamanya. ” (Shahihul Jami’, 2678)

dipetik dari dakwatuna.com
[Moga lautan hilang gelora untukku belayar..fizikal xsihat, hati xsihat, selalu xde mood..tp aku tau, penawarnya hanya satu, carilah Dia ttp kenapa xsembuh2 lagi ni? erm, mungkin graf iman tgh jatuh merudum, mgkin juga kerana dosa yg menimbun..Allahu Rabbi, aku merindui sakinah dan maghfirah drMu]

Pisang dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

[iluvislam.com]

M.A.N.I.S

Ya Akhawati..

Ya akhawati..
dari jauh ku titipkan do’a
agar kalian tetap teguh meniti perjuangan ini..
juga buat diriku agar tidak berputus asa dgn masalah dan cabaran
bilamana berdepan dengan kesulitan dan kepayahan
jaddidu imanakum..perbaharui iman dan niat kita
dakwah dan tarbiyah ini bukan milik sesiapa
tetapi ia milik allah!!
bilamana kita mengatakan kita berjuang di jalanNya
sucikanlah hati agar setiap amal kita ikhlas hanya keranaNya
banyakkanlah istighfar kerana hati-hati kita mudah dipalit penyakit
solatlah sebanyak2nya kerana di situ kunci ketenangan hakiki

Ya akhawati..
lapangkanlah dada seluas2nya
meskipun kita ingin tetap bersama jamaah yg berlandaskan syariah
bertolak ansurlah
dan berlemah lembutlah
dan taatlah pada qiyadah
akhlak adalah kunci utama
dan dzon adalah masalah utama
memetik kata2 saidina ali karamallahu wajhah
kekeruhan jamaah adalah lebih baik drpd kejernihan individu
berusahalah sedaya mampu agar perjuangan ini bersih dr kemungkaran

ya akhawati..
rasa rindu ingin bersama kalian
mempertahankan pendirian..
moga2 semua ini mematangkan kita di atas jalan dakwah ini.
ku bermohon pd allah
agar kepayahan ini berbalas dgn kebaikan dariNya
ku berdoa
agar jerih perih yg dilalui bersama menjadi penghapus dosa
ikhlaskanlah hati dan usah takut pd manusia
kerana kerja ini adalah untuk allah
ingatlah, kita adalah da’ie sebelum apa2 perkara lain
kita mengajak manusia agar kembali pd allah dan menghayati indahnya deen ini
yakinlah..
hanya mereka yg sabar dan ikhlas akan menuju ke syurga
smg diterima amal walaupun sedikit..
amin ya rabb

doa dr kejauhan,
yg merindui kalian,
Sumayyah Abdul Aziz

16 April 2009 @ Bukit Piatu, Melaka

jika jatuh, bangkit kembali!
da’ie, hati jgn sejemput..berjiwa besarlah krn kerja kita masih byk!

Smile!

Buat mereka yang sedang berduka;

La Tahzan! innallaha ma’ana

Smile though your heart is aching
Smile even though it’s breaking
When there are clouds in the sky, you’ll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You’ll see the sun come shining through for you

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near
That’s the time you must keep on trying
Smile, what’s the use of crying?
You’ll find that life is still worthwhile
If you just smile

That’s the time you must keep on trying
Smile, what’s the use of crying?
You’ll find that life is still worthwhile
If you just smile

*westlife: smile

Doakan aku tsabat!

Saat ini kita dihargai bukan kerana kemuliaan yang kita miliki

Kita dihargai kerana Allah masih menutupi kebusukan kita yang sebenarnya

Andai Allah berkehendak untuk membukanya

Maka tiada siapa pun yang bisa menghalangnya

Hanya Allahlah yang membuat kita masih dihargai oleh orang lain

Amal yang kecil dan sederhana

Allah tampakkan kpd orang lain

Sehingga org lain mengkagumi, menghormati dan menghargai diri kita

Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin

Doakan aku tsabat & istiqamah dalam setiap kebaikan.

Buat mereka yang jauh di mata: Semoga bertemu lagi.

Alhamdulillah..selamat sampai Malaysia 28 Mac yang lalu.

Doakan ye.