Buatmu syabab pewaris perjuangan
Salam perjuangan dihulurkan buat generasi pewaris perjuangan
Sejenak
Kita renungkan kembali
Saat waktu kita dilanggar hidayah
Semangat kita membara dan berkobar untuk menebar berkongsi cahaya
Waktu itu semuanya indah dan manis belaka
Ukhuwah, tahajjud, usrah dan al-Quran
Menjadi teman setia yang sentiasa dirindu
Saat itu jua kita sanggup berkorban apa sahaja demi dakwah ini
Dan kini
Tanpa kita sedari, sudah bertahun rupanya kita di sekolah tarbiyah
Sebuah sekolah yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan
Dari menjadi seorang mad’u yang dibelai dan dimanja,
Kini menjadi da’ie yang terpikul berat amanah
Dari menjadi anak usrah, menjadi seorang naqibah
Dari yang dipimpin kepada yang memimpin..
Walau kita merasai beratnya bebanan amanah ini
Kita terus juga melangkah memikulnya bersama
Demi memburu redha dan JannahNya
Tetapi sahabatku, ingatlah..
Bahaya bagi seorang pemimpin ini
Bilamana ada riya’ dan ghurur melekat di hati
Bila kita mula merasakan kita lebih baik dari yang lainnya..
Nescaya hati kita akan semakin ego dan keras
Peliharalah hati-hati kita
Agar sentiasa ikhlas keranaNya..
Sahabat pewaris pimpinan akan datang,
Setiap gerak geri kita diperhatikan
Akhlak kita menjadi nilaian manusia
Maka, jadilah qudwah yang terbaik buat semua
Agar kita tidak tergolong dalam golongan
Mereka yang dilaknat oleh Allah
Yang tidak mengotakan apa yang dikata..
Sahabat seperjuanganku
Siramilah hati-hati kita dengan taqarrub kepada Allah
Agar hati ini sentiasa hidup segar dalam kemanisan iman
Kerana hanya hati yang hidup
Mampu menghidupkan hati yang mati
Kerana hati yang segar terjaga
Mampu mengejutkan hati yang nyenyak terlena
Sahabatku
Peringatan ini sangat dekat di hatiku
Kerna aku sering memerlukannya di kala aku lemah tak bermaya
Ku harap agar kita semua terus cekal dan yakin akan perjuangan ini
Sehingga ke akhirnya
Berjalanlah, mengalirlah dan teruslah bergerak
Agar dunia ini terang bercahaya dengan nur islam
Kerana kitalah syabab harapan ummah
Kerana kitalah generasi penyambung perjuangan Rasul ini…
Nukilan:
Sumayyah Abdul Aziz
6 Jun 2009
Dusun Eco Resort, Bentong
PERKASA ’09
Syabab!!! Yes, Yes, Yes, Change the world!

June 25th, 2009 at 5:13 pm
salam kak sumayyah dearie..
jazakillah untuk khitiroh yang sangat bermakna..
Diri ini pun kadang memerlukannya di saat lemah dalam menempuh jalan yang panjang..
Sungguh dengan menyedari semula hakikat kehidupan dan dunia ini,ia menyentak semula diri yang kadang hanyut dan larut dalam dunia yang memperdaya..
Salam rindu dari kejauhan…Walau jasad berjauhan namun,moga hati terasa dekat selalu…
Windu akak…
Samirah Sulaiman
July 12th, 2009 at 2:34 am
Assalamualikum,
Adakah Sumayyah ini ukhtie yang pernah beremail dengan saya?
Nostalgia bukan kerinduan yang cela apabila faham kehidupan kita tidak berupaya dibebaskan dari ibadah.
Ia bukan nostalgia palsu yang cemar apabila permulaan individu itu mengikatkan institusi dengan sistem lantaran komuniti ini yang membina dan membentuk sistem yang mahu dimilikinya.
Muslim pasti berbeza penampilannya dengan yang bukan muslim dan inteprestasi kita wajar beridentiti dan bercirikan sifat muslim itu sendiri.
Salam taaruf.